" Jangankan lelaki biasa.
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
fikiran dan perasaan mereka resah...
Masih mencari walau ada segalanya..
Apa yang tiada dalam syurga...
Namun Adam rindukan Hawa....."
"diciptakan Hawa untuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung. Bukan juga dari kakinya untuk dijadikan pengalas. Tetapi dari tulang rusuk kirinya, dekat dengan hati untuk disayangi,dekat dengan tangan untuk dilindungi.."
"dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus..."
"luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t. didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta kerana nanti mereka akan liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan kerana nanti mereka akan derita. Kenalkan mereka dengan Allah s.w.t zat yang akan kekal."
"perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. suburkanlah ia kerana disitulah nantinya mereka akan dapat melihat nilaian dan keadilan tuhan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus."
"lelaki...janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata tetapi binalah kepimpinan. Pastikan ia sebelum memimpin wanita menuju Illahi, pimpinlah dirimu kepadaNya. jinakkanlah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan wanita semulia Fatimah Az-Zahra, jika dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamullahhuwajha"
No comments:
Post a Comment