Monday, July 18, 2011

ikan belaan vs ikan mainan

ketahuilah wahai wanita..dalam dunia nie ada 2 jenis "ikan" yang dipancing lelaki..

A) IKAN MAINAN
B) IKAN BELAAN

ikan mainan ialah gurl/perempuan/wanita yang dipancing lelaki hanya untuk suka-suka je..untuk mengisi masa lapang.. dijadikan boneka mainan..dan sebagainya.. biasanya perempuan dalam ketegori ikan mainan ni adalah yang senang didekati,suka berpesta dan hanya nak couple suka-suka. ikan mainan juga tak letak syarat apa-apa dalm perhubungan.. bak kata omputih.. follow the flow..

ikan belaan pula ialah gurl/wanita/perempuan yang dipancing lelaki untuk dijadikan teman sampai mati a.k.a bini... ikan belaan pula biasanya jual mahal sikit dan punya standard dan keperluannya terhadap lelaki..sebaik sahaja ikan belaan nie bersuara,lelaki kena sedar yang mereka perlu mematuhi standardnya jika mahu bersamanya atau boleh pergi saja dari hidup mereka kerana mereka tak nak bermain dalam permainan hati lelaki.

jom kita tengok pulak gaya lelaki yang pancing ikan mainan atau ikan belaan

1) sekiranya perbualan kamu dengan lelaki hanya sekadar perkara biasa-biasa dan tak lebih.. lelaki tu hanya nak pancing ikan mainan tapi sekiranya lelaki nak pancing ikan belaan, dia biasanya kan berminat nak tahu keperluan diri kamu,keinginan kamu dan juga masa hadapan antara kamu dan dia..

2) sekiranya lelaki tu ketawa dengan peraturan dan standard yang kamu buat dia memang nak cari ikan mainan tapi sekiranya dia ikut dan berhati-hati dengan syarat kamu maka dia mencari ikan belaan.

3) sekiranya dia dah amik no phone kamu tapi tak call kamu dalam masa 24 jam.. dia memang nak cari ikan mainan.. tapi kalau dia segera call kamu.. mungkin dia cari ikan belaan.

4) sekiranya lelaki mengajak kamu keluar tapi perbelanjaan kamu keluar tu kamu share.. dia sebenarnya nak cari ikan mainan, tapi kalau dia yang menyara bil2 tu dan sanggup juga menyara kamu.. dia mencari ikan belaan.

5) sekiranya dia cakap yang dia selalu ada hal, datang lewat bila temujanji dan tak call.. dia nak cari ikan mainan tapi sekiranya dia datang seperti yang dijanjikan.. dia sedang cari iakn belaan.

6) sekiranya kamu lansung tak pernah jumpa kawan2 dia, rakan kerja apatah lagi keluarga dia.. dia sedang cari ikan mainan.. tapi kalau dia sedia kenalkan kamu pada kawan2 dia  dan seterusnya keluarga dai.. dia mencari ikan belaan.

7) sekiranya kamu ajak dia berjumpa keluarga kamu dan dia memberi 1001 alasan.. dia mencari ikan mainan.. tapi kalau dia bersetuju.. memang dia mencari ikan belaan.

8) sekiranya kewangan,emosi dan spiritual mereka bercelaru..hati-hati mereka sedang mencari ikan mainan tapi sekiranya mereka mampu menyara dan melindungi keluarga sebagaimana lelaki sejati dia mungkin sedang mencari ikan mainan

9) sekiranya dia hanya mahukan hubungan terbuka dengan kita dan tak kisah kita keluar dengan orang lain.. (selain rakan2 rapat kamu) dia hanya mahukan ikan mainan.. tapi jika dia mahukan hubungan yang eksklusif antara kamu berdua dan setuju untuk couple dengan kamu seorang sahaja.. dia memang cari ikan belaan...


ingat wanita.. kita sendiri yang tentukan kita nie ikan jenis mana.. bukan mereka.. kita juga yang tetapkan standard kita dimana.. kalau lelaki tu betul2 sayang dan mahukan kita.. mereka akan terima dan anggap ini satu cabaran untuk mereka memiliki diri kamu.. bukan anggap ini sebagai satu bebanan yang perlu dipikul.

No comments:

Post a Comment