Saturday, July 30, 2011

mengemas,terkemas atau dikemaskan???

serius aku da macam suri rumah tangga sepenuh masa..
bangun pagi-pagi.. mandikan budak..sapu rumah
pastu masak.. pastu bagi makan.. pastu tidurkan budak... petang kemas rumah..siram pokok
lepas tu lantak kau lah budak nak buat ape... hehehehhe   :P
serius jage budak ni penat.. 

tengah-tengah aku kemas rumah.. macam biase..aku menyapu
tiba-tiba ada lak suare-suare sumbang mengacau aku tengah kemas...
"acik nak sapu lahhh.. acik pandai.."
aku wat tak tau je.. lantak kau lah budak.. kang tak siap keje aku..
time aku masak, tetibe-tibe suare sumbang tu berbunyi lagi..
"acik penatlah kemas...penat ni.."
kau tau ape die kemas????
semua kusyen die susun kat bawah..(konon-konon tempat bergolek-golek)
penat ke???
dah aku jugak yang jadi mangse kemas balik semua kusyen tu..
kau tau ape die cakap..
"mok su nie.. acik nak main lahh.. penat acik kemass"
alahai budakk.. aku tangg karangg... *sabo..sabo..

bile petang aku kemas rumah lagi..
die sibuk nak menyapu jugak..
so.. aku kasi lah dier sapu sementara aku kemas dapur...
serius aku keluar..
gelak bagai nak gile..
kau tau die menyapu kat mana????
meh ikot aku....





























sat....




















































amek kau..
dengan selipar besar die..
depan jalan raya dia sapu..
ini bukan kes dera yee...
bile aku gelak die mara aku...
huhuhu(=_=")
lepas tu ade satu ayat die yang buat aku guling-guling ketawa..
sebab tengah-tengah die sapu
tibe-tibe ada angin..
die cakap
"angin nie..janganlah kacau acikk"
serius aku gelak sampai terduduk dekat depan rumah...
LOL

aku suruh kau sapu beranda rumah..
bukan jalan raya depan rumah..
huhuhuhu
dan ini adelah rutin hampir setiap hari bagi die 
setiap kali aku kemas rumah..
hehehe

*acik*













*owhh awk ketawekan saye yee... ye saye tau nie preparation...hehehehe*

Thursday, July 28, 2011

alahai anak-anak

kes tengah hari tadi..
punyer lah susah nak suruh acik(anak abg aku 4 thn) tidur siang..
aku baring kejap jer... tengok-tengok dier dah lesap..
pergi dapur main air..
aku ok lagik lah..
lumrah bebudak ske main air..
then.. aku suruh die tido..
die masuk bilik mak aku then baring.. 
aku pown tinggalkan dier.. and sambung landing kat bilik aku..
tetibe je rase tak best...
aku jenguk dier lagi..
aikk.. da tak de dalam bilik..
die kat dapur...
sambil tunjuk kaki dier..
yang penuh dengan berminyakkk..
aku pown tanya...

"acik buat ape??"
"acik sapu ubat lahh"
"ubat ape??"
"ubat gatai.. kaki acik gatai.."

semacam je aku tengok minyak tu...
dan bau pown lain macam..
kau tau sekali ape dier sapu????













































MINYAK WANGI MAK AKU!!!!
habis sebotol die kerjakan..
baru lah aku perasan bilik mak aku penuh bau green tea...
huhuhuhuu bertuah punye budakkkkkk

iklan sebentar:
update status fb ari nie dah penuh dgn harimau malaya..
walaupon aku x tgk.. tp aku tau kite tewas..
tp x pe.. tetap menyokong harimau malaya...
gambate!!

Wednesday, July 27, 2011

lelaki dan wanita

" Jangankan lelaki biasa.
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
fikiran dan perasaan mereka resah...
Masih mencari walau ada segalanya..
Apa yang tiada dalam syurga...
Namun Adam rindukan Hawa....."

"diciptakan Hawa untuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung. Bukan juga dari kakinya untuk dijadikan pengalas. Tetapi dari tulang rusuk kirinya, dekat dengan hati untuk disayangi,dekat dengan tangan untuk dilindungi.."

"dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus..."

"luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t. didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta kerana nanti mereka akan liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan kerana nanti mereka akan derita. Kenalkan mereka dengan Allah s.w.t zat yang akan kekal."

"perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. suburkanlah ia kerana disitulah nantinya mereka akan dapat melihat nilaian dan keadilan tuhan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus."

"lelaki...janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata tetapi binalah kepimpinan. Pastikan ia sebelum memimpin wanita menuju Illahi, pimpinlah dirimu kepadaNya. jinakkanlah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan wanita semulia Fatimah Az-Zahra, jika dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamullahhuwajha"

Tuesday, July 26, 2011

sekali lagi

Just gonna stand there
And watch me burn 

But that's alright
Because I like The way it hurts
Just gonna stand there
And hear me cry
But that's alright
Because I love The way you lie
I love the way you lie

its hurt when someone u learn to love someone then they betrayed your love..
 you know you can't give me what I need and even though you mean so much to me.. why must this happen..
its hurt..really-really hurt..to put a trust to someone is not easy, to give your heart to someone is not easy.. but that someone easily broken and hurt your feeling in a snap.. 
as i say to you before.. trust is earn.. yeah u earned it but why must destroy it??
 trust is like a piece of paper, once it's crumbled up it can never be in its original shape
its hard for me to move on again..
 how many tears must I shed to cleanse myself of you???
maybe it is easy for u to kept it quite then when tomorrow comes its all like nothing happen.. not going to think about it.. well im not buying it.. did u ever think of me crying until i fall asleep?? no right...
that why i hate to play in your game of love.. 
 you should be arrested for murder, because you took my life away from me.





 now.. its all became like this
 for sale not for anyone to cure it.. but to end the suffering..








after that i just want to keep it the way it put like this
better that way cz nobody will hurt it again































but

 there isn't a moment of my day that isn't spent wondering where you are, what you're doing, how you're feeling. Even in the quiet of the night, when everything is still and I am nearly asleep, there's a part of me that is still wondering


Thursday, July 21, 2011

tak tau sebenarnye sekarang rasa apa......
huhuhuhu... menci arr bile mood tunggang terbalik nie...

rindu die...eh..eh.. sape die???
marah tet....... kang aku bunuh ko kang...
pening.... tersepit antara gajah yang obesiti eh.. obsess
rase annoying dgn....... dah tak balas msg tu paham2 lah...lempang kang
rase bosan.... nak kuar malas....

haishhhhh

Monday, July 18, 2011

ikan belaan vs ikan mainan

ketahuilah wahai wanita..dalam dunia nie ada 2 jenis "ikan" yang dipancing lelaki..

A) IKAN MAINAN
B) IKAN BELAAN

ikan mainan ialah gurl/perempuan/wanita yang dipancing lelaki hanya untuk suka-suka je..untuk mengisi masa lapang.. dijadikan boneka mainan..dan sebagainya.. biasanya perempuan dalam ketegori ikan mainan ni adalah yang senang didekati,suka berpesta dan hanya nak couple suka-suka. ikan mainan juga tak letak syarat apa-apa dalm perhubungan.. bak kata omputih.. follow the flow..

ikan belaan pula ialah gurl/wanita/perempuan yang dipancing lelaki untuk dijadikan teman sampai mati a.k.a bini... ikan belaan pula biasanya jual mahal sikit dan punya standard dan keperluannya terhadap lelaki..sebaik sahaja ikan belaan nie bersuara,lelaki kena sedar yang mereka perlu mematuhi standardnya jika mahu bersamanya atau boleh pergi saja dari hidup mereka kerana mereka tak nak bermain dalam permainan hati lelaki.

jom kita tengok pulak gaya lelaki yang pancing ikan mainan atau ikan belaan

1) sekiranya perbualan kamu dengan lelaki hanya sekadar perkara biasa-biasa dan tak lebih.. lelaki tu hanya nak pancing ikan mainan tapi sekiranya lelaki nak pancing ikan belaan, dia biasanya kan berminat nak tahu keperluan diri kamu,keinginan kamu dan juga masa hadapan antara kamu dan dia..

2) sekiranya lelaki tu ketawa dengan peraturan dan standard yang kamu buat dia memang nak cari ikan mainan tapi sekiranya dia ikut dan berhati-hati dengan syarat kamu maka dia mencari ikan belaan.

3) sekiranya dia dah amik no phone kamu tapi tak call kamu dalam masa 24 jam.. dia memang nak cari ikan mainan.. tapi kalau dia segera call kamu.. mungkin dia cari ikan belaan.

4) sekiranya lelaki mengajak kamu keluar tapi perbelanjaan kamu keluar tu kamu share.. dia sebenarnya nak cari ikan mainan, tapi kalau dia yang menyara bil2 tu dan sanggup juga menyara kamu.. dia mencari ikan belaan.

5) sekiranya dia cakap yang dia selalu ada hal, datang lewat bila temujanji dan tak call.. dia nak cari ikan mainan tapi sekiranya dia datang seperti yang dijanjikan.. dia sedang cari iakn belaan.

6) sekiranya kamu lansung tak pernah jumpa kawan2 dia, rakan kerja apatah lagi keluarga dia.. dia sedang cari ikan mainan.. tapi kalau dia sedia kenalkan kamu pada kawan2 dia  dan seterusnya keluarga dai.. dia mencari ikan belaan.

7) sekiranya kamu ajak dia berjumpa keluarga kamu dan dia memberi 1001 alasan.. dia mencari ikan mainan.. tapi kalau dia bersetuju.. memang dia mencari ikan belaan.

8) sekiranya kewangan,emosi dan spiritual mereka bercelaru..hati-hati mereka sedang mencari ikan mainan tapi sekiranya mereka mampu menyara dan melindungi keluarga sebagaimana lelaki sejati dia mungkin sedang mencari ikan mainan

9) sekiranya dia hanya mahukan hubungan terbuka dengan kita dan tak kisah kita keluar dengan orang lain.. (selain rakan2 rapat kamu) dia hanya mahukan ikan mainan.. tapi jika dia mahukan hubungan yang eksklusif antara kamu berdua dan setuju untuk couple dengan kamu seorang sahaja.. dia memang cari ikan belaan...


ingat wanita.. kita sendiri yang tentukan kita nie ikan jenis mana.. bukan mereka.. kita juga yang tetapkan standard kita dimana.. kalau lelaki tu betul2 sayang dan mahukan kita.. mereka akan terima dan anggap ini satu cabaran untuk mereka memiliki diri kamu.. bukan anggap ini sebagai satu bebanan yang perlu dipikul.

Wednesday, July 13, 2011

diet dan 8 pantang besar saat berdiet

semua orang cakap aq gemoot...
oke fine... tak pe janji sihat..
nak diet tapi tak cukup tabah..heheheheh...
tunggu bulan pose lah yer...
sebab ape tak cukup tabah... haaa... sebab makanan-makanan ni lahh....


1)      Nasi
a.       Nasi..segala jenis nasi kerana yang wujud kat dunia ni lah.. nasi sememangnya kaya dengan karbohitrat. Karbohitrat yang terlampau pula akan bertukar menjadi lemak. Lemak pula menambah berat badan. Tetapi, kalau korang ambil secara bijak, tak ada hal. Cukup sekali sehari. Gantikan pengambilan nasi korang dengan sumber karbohitrat yang lebih ringan macam capati,tosei dan roti.
*boleh ke aku satu hari tak makan nasi sebab satu hari sekali mesti nak nasi punya lah...
2)      Hot dog
a.       Bagi yang minat hot dog pulak.. korang kene elakkan makanan nihh sebab sosej yang dihidangkan bersama mayonnaise tinggi kadar lemak dan joga sodium yang tak baik untuk kesihatan korang. Tapi kalau korang mengidam sangat nak makan sosej nih time diet korang boleh potong dua sosej tu dan lupakan mayonnaise...haa.. kan kurang sikit kadar kalori tuu..
*x de hal sebab jarang makan..heheheh
3)      Solid salad
a.       Jangan korang ingat korang makan salad korang diet tau... sebab solid salad nih cukup “solid “ dengan ayamnya..kentangnya..kejunya dan tak lupa mayonaisenye.. haaa... kan sama je kalori dengan nasi.. so.. korang jagan bising2 pulak bila korang diet tapi tak kurus2 yep..
*ni tak de hal sebab jarang makan salad..sebab nanti mak asyik perli je...
4)      Santan
a.       Masakan kat Malaysia ni sememangnya kaya dengan santan kan.. semua sedap2 kan.. hehehe... so korang kenalah buang kebiasaan nie dengan menggantikan dengan sup, masakan stim atau gantikan santan tu dengan susu cair dalam masakan korang.
*tapi aku suke makan kari..cam ne erkk...huhuhu
5)      Aiskrim
a.       Aiskrim memang seronok untuk dimakan kan.. terutamanya time2 panas.. jangan biarkan aiskrim mengganggu perjalanan diet korang.. makan dengan kadar sederhana saja.. jangan terlebih “ layan” pulak yep..
*ala....ni yang lemah nie...
6)      Coklat
a.       Haaa...ini adalah makanan yang paling digemari oleh kaum2 pompan macam aku nih.. hehehe... makan coklat memang tak hingat dunia.. bukan tak boleh makan coklat time berdiet.. buleo.. tapi dalam kuantiti yang sedikit lah yer.. sebab colat nih tinggi kandungan gula, lemak dan kalori... ingat tuuu...
*selamat tinggal coklat ku sayangg...(T_T)

7)      Makanan yang dipanggang
a.       Makanan yang dipanggang macam sate,steak dan burger tinggi dengan kandungan lemak.. makan dengan kuantiti sedikit sederhana dan nikmati makanan yang dipanggang nihh..dengan sayur-sayuran...
*berehh...hehehhe

8)      Minuman soft drink,iced coffe,cock tail dan smoothies
a.       Korang jangan memandang rendah dengan minuman yang korang minum... sebab minuman yang korang minum macam  yang dah disebutkan nie mengandungi kalori yang dalam benduk cecair yang mudah sesangat nak menyerap dalam badan... gantikan susu pekat manis yang korang selalu guna dengan susu low fat.. sebab ia membakar lebih banyak kalori...
*yang ni agak menggugat iman sikit....

so..ada yang nak berdiet???? sile lah renung-renungkan makanan yang anda ambil yer...hehehhee


Wednesday, July 6, 2011

pisau cukur kah perempuan???

memang ramai perempuan yang bila mintak lelaki berbelanja pada mereka akan dilebel sebagai pisau cukur..
ni adalah biasa bagi semua orang.. kadang-kadang kalau nak difikirkan balik ada betulnya statement di atas tu..

tapi kita perempuan perlu ingat, apa yang kita minta.. bukan sekadar minta barang yang mahal dan branded.. melebihi kemampuan si lelaki, dan mengambil kesempatan atas pemurahan hati si lelaki... tu memang layak lah digelar pisau cukur..
tapi kalau kita minta barang keperluan dan juga pertolongan dari seorang lelaki yang bergelar kekasih tak salah kan..

sebenarnya wahai wanita, lebel pisau cukur tu hanya satu gelaran yang diada-adakan oleh lelaki supaya wanita tak pakai duit dieorang.. and dalam masa yang sama dieorang berpeluang nak dapatkan apa sahaja dari wanita...(terukkan..heheh)

gelaran pisau cukur ni tak bole diguna pakai, sebab kita sebagai wanita mengharapkan mereka lelaki-lelaki nie menjalankan tanggung jawab mereka sebagai seorang lelaki terutamanya yang dah bercintan-cintun bagai nak rak dengan kita kan..

so,bila kite keluar date, memang lelakilah yang wajib bayar semua keperluan kita, makan,duit wayang, barang-barang yang kita nak... sebagai ganti kita dah keluar dengan dia.. kanzzz...

 so lelaki-lelaki diluar sana.... menyara orang yang dicintai sama dengan memberi wang atau mencurahkan peluh pada diri kerana itu adalah sebahagian dari "mekap" lelaki..
dan wanita sekiranya lelaki menyintai kita dan benar-benar mengambil berat tentang diri kita, dia akan menyara kita tanpa banyak soal...

renung-renungkan lah yer...