Friday, August 12, 2011

tempoh suatu perkenalan


90 hari or Peraturan 90 hari.. dah macam percubaan kerja kan.. tapi itulah realiti.. kita nak kenal orang pun perlukan masa.. bukan sehari dua kita boleh kenal hati dan budi seseorang tu.. bagi aku lah.. biasanya aku akan letakkan 60 hari percubaan.. kira macam peraturan 60 hari versi laila khalida lah.. hahahaha..LOL..tapi dalam masa 30 hari aku dah boleh menilai sejauh mana perasaan aku terhadap seseorang tu dan juga siapa mereka sebenarnya.

Peraturan ni bukan untuk membebankan kaum lelaki.. tapi wahai sahabatku wanita.. kamu perlu melakukannya kerana dengan peraturan macam ni, kamu boleh menilai sejauh mana lelaki nak mengadakan hubungan serius dengan kamu. Peraturan ni juga berfungsi (ayat sains sioot) sebagai isyarat yang kamu bukannya boneka/barang mainan.

Kamu perlukan masa untuk mengenali lelaki itu begitu juga sebaliknya sebelum kamu memutuskan yang dia layak menikmati kasih sayang dan cinta kamu pada mereka. Lelaki yang sanggup menunggu dan Berjaya memenuhi setiap keperluan kamu.. memang layak untuk mendampingi kamu..
Tapi peraturan nie tak bermakna tanpa ujian.. kamu perlu menilai diri mereka, adakah mereka ni menepati janji yang mereka buat, adakah mereka jujur dengan kamu adakah mereka akan menelefon kamu sekiranya lewat atau tidak dapat hadir pada hari yang dijanjikan, adakah mereka mengambil berat tentang kamu, adakah mereka selesa dengan kawan2 kamu.

Lelaki yang hanya mahukan “diri” kamu sahaja akan tunjukkan perangai yang baik pada mulanya.. namum lama-lama belang mereka akan keluar jugak.. contoh macam mereka tak nak jawab panggilan di hadapan kamu ataupun menjawab panggilan jauh dari kamu.. mesti hati dan fikiran korang rase lain macam kannn....

Nie part yang agak sukar..namun kamu perlu memikirkannya jika kamu mahukan sebuah hubungan yang serius.. jika kamu dah bercinta dengan mereka untuk sekurang-kurangnya 90 hari namun  kamu belum pernah jumpa keluarganya atau kawan-kawannya atau kamu pernah menemani mereka ke majlis2 namun hanya diperkenalkan dengan nama kamu sahaja..  mereka sebenarnya tak Nampak kamu dalam masa hadapan mereka.

Mungkin anda diluar sana (cewahhh) kata.. “alah.. buat ape nak kawin cepat2”, “ masa panjang lagi baru 3 bln kenal dah nak bawak jumpa family”  tapi kalau nak difikirkan secara mendalam.. korang tentu nak hubungan korang dengan couple korang lame kan.. korang tentu ada tanam impian nak berumahtangga denga couple korang kan.. so bende ni memang kene amik kira ok..  tapi ini sekadar sesi sharing aku dengan korang.. hehehe... terpulang korang nak menilai atau menjalankan hubungan yang korang impikan..

2 comments: