Tuesday, November 30, 2010

kerana mata itu

Bila aku lihat sepasang mata yang amat innocent..
Hati aku tersentuh..
Mata itu kadang kala mencari-cari reality yang tidak mungkin akan mereka fahami..
Mata itu juga kadang kala mencari-cari kasih sayang yang sepatutnya mereka perolehi
Mungkin aku tidak akan faham dengan apa yang berlaku kerana aku belum lagi menjadi seorang ibu..
Namun aku mengerti perasaan si anak kecil yang terabai dan ketandusan kasih saying kedua ibu dan bapa mereka...kerana aku pernah menjadi seorang anak..
Hari ini.. sepasang mata itu layu.. kerana sakit..
Ku renung matanya sambil tersenyum..ku usap kepalanya dan mencium lembut dahinya..
“anas (panas)” katanya sambil memegang lehernya..
Aku senyum melihat keletahnya yang enggan diberi ubat.. namum setelah dipujuk lembut..
Barulah dia menuruti..
Dari jauh aku lihat si nenek sedang memujuk lembut si cucu agar sentiasa berada dalam keadaan selesa..si nenek juga melayan kerenah si cucu sehingga kejauhan malam.. kerena si cucu tidak dapat tidur lena..
Terdetik hati kecil aku.. dimanakah ayah dan ibunya dikala ini??
Si ayah entah kemana meninggalkan si anak yang sedang sakit..
Si ibu entah tahu atau tidak keadaan anaknya yang sakit..
Teringat aku dikala aku kecil.. ketika aku sakit..aku hanya mahukan ibu sentiasa di sisi..
Aku teringat perkara yang diajar kepadaku.. kita perlu mentaati dan menyayangi kedua ibu bapa kita..
Tapi andai inilah yang diberi oleh ibu bapa kepada si anak tadi.. jangan ditanya mengapa jika anak itu lansung tidak menghiraukan engkau jika mereka sudah berakal kelak..
Mereka mungkin akan menghormati engkau sebagai kedua orang tua mereka.. tapi kasih sayang mereka bukanlah milik engkau..
Jangan engkau menagih kasih sayang dari mereka ketika engkau susah kelak.. diwaktu itu aku kan menepuk tangan bagi engkau.. kerana inilah hasil dari apa yang kau telah lakukan.. meninggalkan mereka tanpa rasa sedikit tanggung jawab pun.. kerana kau sibuk memenuhi kehendak diri masing-masing..
Sakit pening mereka, suka duka mereka, pengalaman mereka di sekolah.. tidak sedikit pun engkau Tanya..kerana realitinya aku tidak pernah melihat sekali pun engkau menelefon si nenek bertanyakan khabar tentang anak2 mu.. ibu apakah engkau?? Ayah apakah engkau???
Waktu itu aku akan mengetawakan kedua2nya.. biarlah orang nak kata aku jahat... kerana aku hanya menyampaikan apa yang aku rasa..  
Kepada Yang Maha Esa, ku panjatkan doa agak aku tidak menjadi ibu yang mengabaikan anak2 seperti mereka..aminn..

No comments:

Post a Comment