sambungan cerita2 aku di malam new year... almaklumlah.. berborak sampai kul 5 pagii depan rumah...
kisah seram 4
dialami oleh : aku
tempat : belakang rumah aku.
rumah aku dimasuki pencuri selama 3 hari berturut2.. hari pertama.. handphone pertama aku hilang..
hari kedua.. 2 biji handphone akak aku hilang bersama duit... masa barang akak aku hilang aku tak ada di rumah sebab aku ikut family angkat aku ke rumah rakit di tanjung buai..
so bile aku balik.. akak aku dapat handphone baru dari bf dier (Bf lama cz skunk da kawin dgn org lain) 2 biji seperti biasa.. dan aku dapat hp dari mak aku.. masa tu zaman2 3310.. hehehe..
satu malam tu entah macam mana.. akak aku terjaga dari tidur cz die terperasan ada orang keluar dari bilik dia.. die trus bangun dan cari handbag dia yang dia letakkan betul2 tepi bantal dia.. handbag tu dah beralih tempat..dari tepi bantal ke atas meja solek.. dan hp yang kakak aku terima siang tadi bersama duit dia dah tak ada dah dalam handbag dia..
dia apelagi terus kejut mak aku cakap barang dia hilang.. dan pada masa yang sama dia dengar kunci pintu belakang rumah aku dibuka.. kebetulan time tu mak aku tidur di hall dapur.. kira antara ruang belakang rumah dan bilik akak aku.. dan mak aku tak perasan ada orang lalu melintasi tempat yang mak aku tidur..
then akak kau kejutkan aku dan tanya hp aku ada tak.. aku angguk cz aku letak hp aku bawah bantal (sampai sekarang aku tidur hp bwh bantal oke...) then mak and akak aku pergi bukak lampu bahagian belakang rumah aku dan tgk pintu tu dah terbuka.. then dieorang keluar survey.. termasuk aku lahh
akak aku try call hp tu.. dapat tapi tak dengar bunyi dimana2.. then akak kali ketiga akak aku call ada orang angkat dan cakap dalam bahasa yang akak aku tak faham dan dia terus letak..
kiteorang dah seriau time tuu.. cz time tu around pukul 4 pagi.. then kiteorang masuk lah rumah.. ntah kenapa aku rasa macam tak sedap hati.. then aku masuk lepas tu aku tutup pintu separuh je.. then aku bukak balik dan pandang ke arah belakang rumah aku...
korang tau tak.. tak lama lepas tu.. ada benda hitam dan besar keluar dekat belakang rumah aku terus melekat dekat pokok kelapa belakang rumah.. aku ingat lagi aku pandang tepat dekat benda tu.. aku apa lagi..
jerit sambil masuk rumah..cakap kat mak aku ada something kat belakang..
aku tak tau apa benda.. tapi sememangnya benda tu hitam dan besar... sampai sekarang aku tak berani nak pergi belakang rumah bila dah malam.. huhuhuhuhu
kisah seram 5
dialami oleh : fendi (budak belakang rumah aku)
tempat : rumah dia...
cerita ni berlaku selepas mak dia meninggal... kebetulan.. mak dia mangubat orang sakit di rumah..
aku pown tak tau sejak bila mak dia jadi bomoh..cz aku kenal mak dia sejak kecil.. then , beberapa hari selepas mak dia meninggal tu tengah2 dia tengok tv tengah2 malam..dia dengar suara mak dia suruh dia tidurr... tak ke seram... huhuhuhuhu
lisah seram 6
dialami oleh: aku
tempat : bilik tidur aku..
kejadian berlaku pada malam aku tidur tutup lampu... huhuhuhu...
katil aku terletak betul2 bersebelahan tingkap bilik aku..
tapi sebelum kejadian malam ni.. bila menjelang tengah malam dalm pukul 12 keatas..
tingkap bilik aku seperti diketuk seseorang.. bunyinya bukan macam korang ketuk tingkap kaca
bunyi dia macam benda tajam stengah ketuk tingkap bilik aku.. tapi cuma tiga kali..
tokk..tookk.tokk... then senyap.. keadaan nie berlarutan lah beberapa hari.. mula2 aku buat bodohh..
aku tak tidur atak katil tapi kau tidur bawah depan tv dalam bilik aku.. tv tu pulak aku akan bukak sampailah pagi cz aku takutt..heheheh
satu malam nie.. entah kenapa aku tidur tutup lampu dan aku tidur atas katil aku..
masa tengah nak melelapkan diri..
aku dengar ada orang panggil nama aku dekat tingkap tu...
sayupp gila.. tapi jelas dekat pendengaran aku..
suara tu pangill : laila...laila... bangun...
berulang2 kali..
aku apa lagi.. tak mampu nak jerit ke.. bangun gi bilik mak aku ke...
aku terus selubung dan tutup muka kau pakai bantal...
huhuhuhu...
sejak kejadian tu aku suruh mak kau ubah kedudukan katil kau.. tingkap tu pulak.. smapai sekarang aku tak pernah bukak..huhuhu...
No comments:
Post a Comment