kalau berbicara tentang lelaki.. ada seribu satu ragam..
buat kaum hawa.. janganlah mudah terpedaya dengan janji manis lelaki..
ya..sememangnya kata-kata itu sangat manis untuk didengari..
tapi hakikatnya.. kita sendiri belum tahu realiti..
kaum adam.. maaf... bukan niat diri nak mengutuk tapi ini kenyataan yang dihadapi..
sebelum dapat apa yang dikehendaki.. apa sahaja boleh.. terima dan sanggup untuk melakukan..
tetapi bila sampai di situasi sebenar.. semua itu hanya dusta..
ya.. memang perlu bertolak ansur.. tapi ingat.. kamu yang mengeluarkan janji.. dan janji perlu ditepati..
kata-kata yang pernah diucapkan.. dicampak entah kemana-mana..
harap kamu sedar bahawa diri ini dah melakukan pengorbanan buat kamu..
bukan nak mengungkit tapi tolong lah sedar dan punya sedikit ikhsan.. tak salah kalau kamu pun berkorban sedikit.. x minta banyak cuma secebis masa..
buat kamu juga.. kita tak punya masa yang banyak.. masa yang diri ini berikan kepada kamu.. cukup hanya sampai disitu.. kerana lepas ini aku tak mahu lagi mendengar kata rindu.. aku dah puas menanti kamu kembali dan kini aku sedar kau memang tak kan kembali.. aku hanya persinggahan untuk kamu.. bila kamu bosan.. akulah permainan kamu.. kan..
aku tau kamu tahu yang aku tak boleh nak melupakan kamu kerana aku terlalu sayang kamu.. dan aku tau sakit dan perit untuk tinggalkan kamu.. tapi kisah kita dahpun kau tamatkan.. cukuplah kau "running around and leaving scar" dalam hati aku..
Macam mana sakit pun hidup harus diteruskan...harus pergi kerja, harus makan minum....dan macam mana sakitpun kita pasti tiada daya menyambung kembali cinta atau memaksa kau kembali kepada aku.Walau macam manapun lemahnya aku, aku tiada pilihan untuk merasai kesakitan itu.
untuk wanita dan sahabat,Hanya satu sahabat akrab yang dapat membantu menangani segala kepedihan dan kekecewaan kita adalah MASA. Hanya masa dapat menyembuhkan luka. Beri diri kita masa, beri diri kita ruang...insyallah maka dengan masa dan ruang pasti kita boleh bernafas seperti biasa.
Bercinta, putus, bercinta putus itu adalah satu proses kematangan. Pasti dalam setiap percintaan dan kekecewaan kita lalui macam-macam cerita. Jadi selalu pandang positif atas setiap yang terjadi.
Asakkan dalam diri bahawa putus cinta itu bukan satu kegagalan tetapi kemenangan yang didahului dengan kepahitan. Itu sahaja. Maka jangan menyesali diri bila putus cinta.Tak mengapa..tak jadi kudis...laluinya dengan bersahaja maka di situ kekuatan hati kita yang sebenar.
Tanamkan dalam hati bahawa putus cinta bukan KEHILANGAN tetapi PENGENALAN. Kita bukan baru kehilangan dia tetapi kita baru mengenali dia. Betapa kita banyak belajar mengenali hati budi orang. Bagaimana orang yang selama ini kita sangka kita kenal benar hati budinya rupanya semua itu palsu belaka.
Dan kalau kita sedar betapa putus cinta itu adalah satu pelajaran yang tidak dapat kita perolehi dari mana-mana institusipun tetapi hikmahnya lebih manis daripada cinta itu sendiri!!!!
Percayalah.....hidup ini tak mudah...tetapi tidak pula sukar untuk kita lalui.... dan ini sememangnya pengalaman yang sangat manis buat diri..
No comments:
Post a Comment