Tuesday, November 30, 2010

kerana mata itu

Bila aku lihat sepasang mata yang amat innocent..
Hati aku tersentuh..
Mata itu kadang kala mencari-cari reality yang tidak mungkin akan mereka fahami..
Mata itu juga kadang kala mencari-cari kasih sayang yang sepatutnya mereka perolehi
Mungkin aku tidak akan faham dengan apa yang berlaku kerana aku belum lagi menjadi seorang ibu..
Namun aku mengerti perasaan si anak kecil yang terabai dan ketandusan kasih saying kedua ibu dan bapa mereka...kerana aku pernah menjadi seorang anak..
Hari ini.. sepasang mata itu layu.. kerana sakit..
Ku renung matanya sambil tersenyum..ku usap kepalanya dan mencium lembut dahinya..
“anas (panas)” katanya sambil memegang lehernya..
Aku senyum melihat keletahnya yang enggan diberi ubat.. namum setelah dipujuk lembut..
Barulah dia menuruti..
Dari jauh aku lihat si nenek sedang memujuk lembut si cucu agar sentiasa berada dalam keadaan selesa..si nenek juga melayan kerenah si cucu sehingga kejauhan malam.. kerena si cucu tidak dapat tidur lena..
Terdetik hati kecil aku.. dimanakah ayah dan ibunya dikala ini??
Si ayah entah kemana meninggalkan si anak yang sedang sakit..
Si ibu entah tahu atau tidak keadaan anaknya yang sakit..
Teringat aku dikala aku kecil.. ketika aku sakit..aku hanya mahukan ibu sentiasa di sisi..
Aku teringat perkara yang diajar kepadaku.. kita perlu mentaati dan menyayangi kedua ibu bapa kita..
Tapi andai inilah yang diberi oleh ibu bapa kepada si anak tadi.. jangan ditanya mengapa jika anak itu lansung tidak menghiraukan engkau jika mereka sudah berakal kelak..
Mereka mungkin akan menghormati engkau sebagai kedua orang tua mereka.. tapi kasih sayang mereka bukanlah milik engkau..
Jangan engkau menagih kasih sayang dari mereka ketika engkau susah kelak.. diwaktu itu aku kan menepuk tangan bagi engkau.. kerana inilah hasil dari apa yang kau telah lakukan.. meninggalkan mereka tanpa rasa sedikit tanggung jawab pun.. kerana kau sibuk memenuhi kehendak diri masing-masing..
Sakit pening mereka, suka duka mereka, pengalaman mereka di sekolah.. tidak sedikit pun engkau Tanya..kerana realitinya aku tidak pernah melihat sekali pun engkau menelefon si nenek bertanyakan khabar tentang anak2 mu.. ibu apakah engkau?? Ayah apakah engkau???
Waktu itu aku akan mengetawakan kedua2nya.. biarlah orang nak kata aku jahat... kerana aku hanya menyampaikan apa yang aku rasa..  
Kepada Yang Maha Esa, ku panjatkan doa agak aku tidak menjadi ibu yang mengabaikan anak2 seperti mereka..aminn..

Monday, November 29, 2010

sudah-sudahlah..

wahai cik hati..
sudah-sudahlah merindui..
wahai cik hati..
sudah-sudah lah mengenangi benda yang dah pergi..
wahai cik hati..
cinta ini tidak mungkin akan kembali lagi..
wahai cik hati..
tolonglah.. jgn jatuh cinta lagi..
wahai cik hati..
aku dah penat meratapi..
wahai cik hati..
sudahlahh..
sudahlahh..
aku dah tak kuasa nak menangis lagi..
simpan saja semua kenangan dan harapan yang ada jauh di sudutmu..
agar tak tercapai dan terlintas oleh kenangan yang datang menganggu...
wahai cik hati..
teruslah engkau berdegup menjadi nadi kekuatan aku..
mencari bahagia bagi diriku sendiri..
wahai cik hati..
jiwa ini tidak akan mati oleh kerana seorang insan bergelar lelaki..
marilah bersama-sama ku untuk tempuhi cabaran di dunia ini..
lapangkan minda..bukakan pintumu untuk menikmati segala keindahan dan keriangan
cukuplah menangisi,cukuplah meratapi..
marilah kita enjoy dunia ini...

(tetibe rase jiwang kan hujan2 time2 nih..hahah)

Friday, November 26, 2010

akhirnya kembali...

hooyyeeehhhh..akhirnya aku kembali ke rumah..
walaupun sakit tongkeng duduk lama2 dalam train tuu.. (6 jam oke..)
sampai2 di jb..terus senyum sampai ke telinga...

oke..tu utk due hari lepas...
sekarang secara tak rasminya.. aku part-time dgn Prinsip Karisma Snd.Bhd..
cewaaahhh..
menyambung rutin harian kerja di waktu dahulu kala..(mcm lame je kann)

sekarang aku agak tension dgn internet kat sini
buka FB boleh tapi tak boleh nak comment ape2 or nak update statuss.
sadis toll (mmg kan tenet nih cemburu kat aku)

n sampai2 aku kat tempat kerja.. staf2 kat sini cakap "uik..makin berisi skrg" and "tembamnyer sekarang"
oke..oke.. saye diet..(-__-") huhuhuhu.....

dalam enti nie jugak saye nak ucapkan

selamat pengantin baru buat member ku, nisa dan pasangan, salleh...
semoga kekal hingga ke anak cucu.....(maaf x dpt dtg..huhuhu)

dan

selamat berjuang utk KKC kepada barisan MTM KC dan peserta2 KKC..
good luck and all the best y'all...



Sunday, November 21, 2010

M.E.R.D.E.K.A

entri kali ini bukan untuk menyambut merdeka ye
tapi hanya nak meyatakan
yang diri sudah 
MERDEKA
dari exam
muhahahahaha....

esok aku akan bergerak balik ke tanah kelahiran (cewwah)
heheheheh...
nak nyanyi lagu balik kampung boleh tak??
lalala~~

selamat tinggal bumi serdang..
sebulan lagi kita bertemu kembali ye...
(^_^)


Tuesday, November 16, 2010

.............

sobb..sobb..sobb..
syahdu sangat-sangat..
pertama kali menyambut raya di perantauan(ayat kan)
tak dapat nak balik rumah..
en.exam.. kenapalah kau ni habis lambat..

takbir raya bergema di kolej
mengundang seribu satu rasa..
*nak balikkkkkk..wuwuwuww*

teringat bonda dirumah..
selamat hari raya yer mama

tapi aper2 pun..
selamat hari raya aidiladha
untuk semua umat islam di dunia


Monday, November 15, 2010

the is no end.......

there is no end for...


and

and


and 

and

and




it's all what im craving for....
but today thanks to lurunna 
bcz she is with me to hunting for the food (accept for the cake)
n also.. thanks to the teslians 3 party..
great curry

today is food day to me..
muhahahahaha

sometime craving its good..
its like a therapy 
to enjoy with friend..

p/s: sesaper yg rase2 nak cari pengacara jalan2 cari mkn leh la invite kami yer.. hehehe
  


Thursday, November 11, 2010

perjuangan bermula

bermulanya perjuangan bagi aku dan rakan2 tesl..
satu paper telah ditumpaskan..tinggal 6 lagi..
perjuangan kami belum berakhir..

kami masih perlu jadi begini..
**mrgoogle**
aku rase bkn kami je.. semua student yang nak exam akan jadi macam ni..
berhempas pulas memasukkan semua nota 
dalam kepala otak yang kapasitinye kecil

sampai je dewan exam perah semua yang ada
lepas tu jadi macam nihh
**mrgoogle**
beginilah keadaanye kan..hehehe

tapi ape2 hal pown...
to all my friends...
good luck in your final exam
**mrgoogle**